Membeli Alat Ganti Kenderaan
Membeli sendiri alat ganti kenderaan boleh menjimatkan duit poket. tapi bagi pemilik kenderaan yang kurang arif dalam membeli alat ganti boleh menyebabkan pemilik mengalami kerugian dalam jangka masa yang pendek dan panjang
alat ganti boleh dibahagikan kepada 4 jenis :
1. Alat ganti baharu
2. Alat ganti tiruan
3. Alat ganti terpakai
4. Alat ganti recon
1. Alat ganti baharu merupakan alat ganti yang sangat boleh digunakan dan dipercayai oleh pemilik kenderaan. Cuma harga yang mahal menyebabkan ramai pemilik kenderaan yang memilih alat ganti yang lebih murah seperti yang tiruan dan recon. walaubagaimanapun adalah amat berbaloi bagi kewangan anda dalam jangkamasa yang panjang kerana alatganti yang baru memakan masa yang agak lama sebelum ianya rosak semula.
Walaubagaimanapun alat ganti tulen biasanya tidak disertakan oleh warranty/jaminan oleh pihak penjual / kedai alat ganti yang menyebabkan ada sesetengah bengkel yang terpaksa menjual alat ganti lain kerana takut menanggung kerugian jika alat ganti yang tulen rosak dalam masa terdekat. ini sangat-sangat merugikan pemilik yang membayar harga barangan tulen tetapi mendapat alat ganti yang biasa. kejujuran pihak bengkel dalam menerangkan kepada pemilik kenderaan sangat diperlukan dalam situasi begini.
2. Alat ganti tiruan biasanya sangat susah hendak dikesan oleh pemilik dan juga mekanik itu sendiri. alat ganti tiruan sangat merbahaya kepada anda, kenderaan dan juga kepada orang lain. Alat ganti tiruan boleh diibaratkan bagai bom jangka yang akan menyebabkan kerosakan jangka panjang terutama bagi komponen penting seperti sistem keselamatan kenderaan. kegagalan alat ganti berfungsi dengan baik disebabkan alat ganti tiruan boleh menyebabkan kemalangan jiwa yang teruk, paling tidak pun anda terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi bagi kerosakan yang dialami. Alat ganti tiruan banyak dijual kini oleh peniaga yang tamak, hanya peniaga kedai alat ganti yang mengetahui dimana mereka mendapatkan yang tiruan dengan rupa yang sama seperti yang tulen tetapi menpunyai kualiti dan ketahanan yang rendah.
3. Alat ganti terpakai pilihan ramai pemilik kenderaan yang mempunyai bajet yang kurang dalam membaiki kenderaan, walaupun alat ganti ini merupakan alat ganti terpakai namun masih boleh dipercayai kerana barangan tersebut merupakan tulen. tetapi perlu diingatkan alat ganti ini juga mempunyai jangka hayat yang pendek disebabkan pernah digunakan sebelum ini. apabila anda membeli alat ganti ini sila pastikan barangan tersebut tidak rosak dan minta warranty/ jaminan dengan kedai potong yang anda beli. sekurang-kurangnya alat ganti tersebut boleh ditukar semula dalam masa terdekat.
Seperti anda membeli enjin terpakai sila bawalah sekali mekanik yang anda percayai supaya anda tidak rugi dari segi duit dan masa anda. Anda boleh minta pihak penjual menguji enjin tersebut dengan menghidupkannya. apabila anda berpuas hati boleh anda meneruskan niat membeli.
4. Alat ganti recon yang anda pilih merupakan alat ganti yang telah rosak dan dibaiki serta dibaikpulih semula walaupun yang tulen sebelum dijual semula kepada pelanggan. alat ganti ini biasanya tidak tahan lama dan lebih cepat rosak. Membeli alat ganti terpakai adalah lebih baik daripada anda beli alat ganti jenis ini. terutama alat ganti seperti alternator, compressor serta barangan elektronik kenderaan. Ini akan merugikan anda, kerana kebiasaannya alat ganti recon akan rosak apabila tempoh jaminan berakhir.
- Dalam membeli alat ganti kenderaan anda perlulah bijak dalam membeli dan memilih peralatan yang anda mahukan kerana yang akan menanggung adalah anda. Jangan sampai anda membahayakan diri, kenderaan dan orang lain kerana anda salah memilih alat ganti yang baik.
No comments:
Post a Comment