Sistem Penyejukan Enjin
Fungsi Radiator
Radiator merupakan satu sistem penting didalam sesebuah enjin pembakaran dalam. Radiator berfungsi mengurangkan kepanasan enjin dengan membenarkan air panas melalui liang-liang rongga didalam radiator dan kepanasan akan disebarkan pada sirip2 yang terdapat diantara rongga tersebut. air tersebut akan disejukkan dengan bantuan kipas dan udara dari luar yang melalui tangki radiator.
Minyak enjin juga berfungsi mengurangkan kepanasan lampau bahagian komponen yang bergerak didalam enjin.
Thermostat
Thermostat berfungsi menyekat aliran bendalir penyejukan (air + Coolant ) dari dalam enjin keluar ke tangki air (radiator) sehingga suhu enjin mencapai tahap suhu bekerja enjin. seelok2nya thermostat jangan dibuang kerana ketiadaan thermostat akan merosakkan blok enjin dalam jangka masa yang lama. Ketiadaan thermostat menyebabkan kepanasan air didalam blok enjin menjadi tidak sekata dan menyebabkan air tersebut akan menghakis blok dan Cylinder Head sedikit demi sedikit.
Water Pump
Water pump berfungsi mengepam bendalir penyejukan keseluruh bahagian enjin untuk mengurangkan kepanasan sebelum bendalir dilepaskan ke tangki radiator apabila mencapai suhu maksimum thermostat untuk disejukkan sebelum kembali ke ruang enjin (Water Jacket).
Kipas Radiator
Kipas Radiator merupakan salah satu komponen penting dalam sistem penyejukan kenderaan. Berfungsi menarik atau menyedut udara supaya melalui liang rongga pada tangki air untuk mengurangkan kepanasan enjin. dan mengelakkan kepanasan lampau pada enjin.
Punca-punca kenaikan suhu enjin yang melampau
Setiap kenderaan enjin pembakaran dalam memerlukan sistem penyejukan yang efektif supaya kenderaan kita boleh bergerak lancar tanpa sebarang masalah. Tapi jika dalam pemanduan kita dapati suhu pada penunjuk meter naik lebih dari tahap yang normal bagi kenderaan, hendaklah kita berhentikan kenderaan ditempat yang selamat dengan seberapa segera ini boleh menyelamatkan anda dari kos pembaikan yang tinggi jika anda terus memandu dalam keadaan enjin yang panas melampau. Dibawah saya sediakan tip-tip bagi mengenalpasti punca kenaikan suhu kenderaan.
1. apabila berlaku kenaikan suhu dari tahap normal. periksa la jika terdapat sebarang kebocoran dengan mengenal pasti kesan yang ditinggalkan oleh cecair coolant atau tanda karat. jika bocor pada tangki, gantilah segera tangki air tersebut di bengkel atau servis. Periksa juga setiap sambungan hose dengan mengesan kesan tinggalan air.
2. Kebocoran pada Water Pump juga boleh menyebabkan kenaikan mendadak suhu enjin periksa kenderaan jika terdapat kebocoran pada bahagian bawah kenderaan berdekatan dengan Timing Belt kerana disitu letaknya Water Pump. Gantilah segera Water Pump tersebut
(gambar ehsan : firestartingautomobil.blogspot.com)
3. Kerosakan thermostat yang tidak terbuka boleh menyebabkan suhu enjin naik kerana air yang panas tidak dapat dilepaskan semula ke tangki radiator dan menyebabkan air akan ditendang ke tangki simpanan dengan menghasilkan bunyi seperti mendidih dalam tangki simpanan. serta tangki air yang tersumpat juga akan mengalami keadaan yang sama. Petua untuk mengenal pasti jika berlaku tangki air tersumbat atau thermostat yang tidak terbuka adalah dengan menghidupkan enjin anda dalam keadaan enjin sejuk dan biarkan enjin dalam keadaan idle atau melahu.
Bila kipas radiator mula berpusing sentuh hose tangki dibahagian atas dan bawah, kerana pada waktu ini thermostat sepatutnya sudah terbuka untuk melepaskan air. Jika hose atas lebih panas dan hose dibawah masih sejuk. bermakna tangki air anda tersumbat ataupun thermostat anda tidak terbuka dengan baik.
(gambar ehsan : firestartingautomobil.blogspot.com)
4. Kerosakan pada penutup tangki air juga menyebabkan air ditendang keluar lebih awal ke dalam tangki simpanan walaupun tekanan dalam tangki belum tinggi. kebiasaannya penutup yang rosak boleh dikesan dengan memeriksa getah dan juga spring tekanan pada penutup.
Jika anda tidak dapat mengesan secara visual sebarang kebocoran pada enjin anda. sila lah ke bengkel kereta dan minta pihak bengkel menguji kebocoran dengan menggunakan Pressure Tester.
5. Kebocoran Gasket pada Cylinder Head juga menyebabkan enjin anda kehilangan air dan juga kenderaan kehilangan kuasa serta enjin yang kemungkinan tidak stabil jika bocor yang tidak terlalu besar
Mengesan bocor pada Gasket boleh dilakukan sendiri dengan membuka penutup tangki air. pastikan enjin telah sejuk terlebih dahulu sebelum dibuka. hidupkan enjin dan perhatikan pergerakan air, jika air melimpah atau memancut dengan kuat itu tandanya gasket head telah rosak atau bocor. kerja-kerja Top Overhaul perlu dilakukan. selain itu walaupun air tidak memancut dan melimpah, tapi terdapat buih-buih halus yang timbul secara berterusan juga merupakan tanda bahawa gasket anda telah mula bocor kecil.
Tips : Periksalah selalu paras Bendalir Tangki Radiator anda sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan enjin anda daripada kos pembaikan yang tinggi disebabkan kerosakan yang kecil
Untuk jagaan jangka masa panjang. gunakan air yang ditapis atau air mineral dan coolant yang disyorkan pengeluar.
air paip akan menyebabkan karat yang cepat kerana air paip telah bercampur dengan besi karat yang menyalurkan air tersebut.
Betway Nigeria: Sign up, login and get up to 50
ReplyDeleteBetway 샌즈카지노 sportsbook dafabet link review and sign up bonus. New players only. Minimum deposit of $10. Bonus. Bonus 100% jeetwin Up to 50 Free Spins. Min. deposit $10.